Friday, 4 March 2011

Lemas Si Nakhoda Pria

Bagai satu renjatan emosi
bicara lunak dihempas bak ombak
bukan kerana alunan arus
namun kerana nakhoda 
2 nakhoda mencari haluan

Akui sang nakhoda pria
mencuba berusaha menjaya kata
menurut bicara mengorak ombak
tenangnya ombak membawa makna
niat dihati memberi kerjasama
nakhoda manis mengatur jiwa

Nakhoda manis
membakar jiwa rentapnya benar
diakui semua
asal tujuan kesampaian kata
tapi mengalir darah perwira
nakhoda pria mula bertanya
niat mahukan yg terbaik
hanya utk nakhoda manis
alunnya indah bersemi ceria
hingga ketika terkedu kata

Ombak bertukar arusnya deras
nakhoda manis menyulam gagah
kata bicara indah penuh tegasnya

Indah benar alunan itu
hingga mencabar nakhoda pria
nakhoda pria mengemudi ketika
melaksana niat membantu nakhoda manis
namun tegar bagai dicabar
walau niat menyatakan benar

Karang dilautan muncul tiba
sama bersedia mencari kata
dihempas sisih oleh si nakhoda manis
menghentak kemudi memberi amaran
nakhoda pria akan dibuang
menghayun hujah dlm keegoan
kerana sangkaan nakhoda pria 
bertindak memalukan nakhoda manis

Kecewa benar nakhoda pria
niat yg baik dialun sengketa
martabat nakhoda manis terlalu tinggi padanya
dijulang pasti dibiar jangan
dayanya retak dalam usaha
sehambat kata amaran diterima

Biar apa dikata nakhoda manis
biar terbakar dirinya nakhoda pria
bukan kerana ego dicabar kata
tapi kerana kebenaran diluah jua
namun bagai ada jua yg tidak kena
layar dilabuh tanda kecewa

Nakhoda pria terkedu resah
buat mencari nawaitu yg salah
mendabik dada bkn dirinya
mengutus bicara mohon ampun jua
namun warkah bagai dicerita
cercaan indah menutup segera
peluangnya tiada harapan bertahta
bagai ditinggal nakhoda pria
di pulau kosong  seperti sediakala

Akur jiwa si nakhoda pria
mengirim akar memohon maaf
salah tidak bukan cerita
sekadar mahukan nakhoda manis 
bahagia dan sejahtera
doa kekal tawakal disandar

Memenjara diri kewajipan pasti
itu yang diminta nakhoda manis
penjara sudah hati ini
lemaslah akhirnya si nakhoda pria
menanti sapaan nakhoda manis

Walau mustahil mungkinnya tiada
doanya kekal penuh makna
nakhoda manis tetap di martabatnya
walau apa hukuman sudah mula diterima
membawa diri mengerah retak
menghancur harapan
membunuh jiwa
apakah ini akhirnya nyawa

WajarkaH

NUKILAN ini hanya untuk yang memahami

aku tahu siapa aku
aku sedar apa yg aku lakukan
aku tetap mahu jadi diriku
walau beribu auta boleh aku lakukan
salahkah aku

aku suka apa aku lakukan
aku suka ats perhatian pada aku
aku juga menghampiri apa yg aku mahu
aku juga boleh hilang jika garisan itu diputuskan
aku juga ada keinginan
tapi aku selalu dibuang
aku selalu disisih
walau aku amat suka 
walau aku amat sayang
bukan mudah kalau disisih
bukan mudah dilupakan
bukan mudah diterima
bukan mudah dihina
walau awal ye
selang hari tanpa minggu
aku sudah diklasifikasikan
erti kate lain "kawan"
aku tetap berusaha
utk terus tersenyum 
walau seribu duka ku alami

apakah aku dirantaian
dilorong yg benar
apakah peluang tidak akan membuang aku
tidak akan memalukan aku
mana kekuatan aku
aku hanya menunggu
aku sentiasa menunggu
aku setia menunggu
aku akan terus disitu

Benar siapa pun tahu
ibu syg kita x pernah bicara
ayah syg kita tak perlu luahkan
dan kita tau mereka syg kita
tapi dimana aku
apakah aku setaraf dengan mereka
apakah aku sebenarnya begitu
apakah aku perlu
beranikan kembali diriku
kembali menyahut
apa yg aku mahu
aku tidak mahu kehilangan
aku juga tidak mahu dihina lagi

kesimpulan yang benar2 menyimpul hidupku
aku tidak boleh pasrah lagi
aku perlu mulakan
tapi KUATKAH AKU
aku dalam dilema

nanti2 kite sambung cik MB dilemalak k... )