Friday, 22 April 2011

ResaH

MooD : ResaH

Hanya doa yg ku panjatkan,
resah ini bukan mainan,
wajarkah aku terus dipersalahkan,
kerana berfikir diluar apa yang dimaksudkan.

Aku ingin tahu .. tp tidak diberitahu
Aku cuba bertanya .. tp tiada jawapan
Aku cuba segala yg positif .. tp jawapan masih tiada
Malah aku dipersalahkan .. sdgkan aku tidak tahu .. knp jd begitu..
Wajarkah aku diam melihat org yg ku sayang tidak seperti biasa
Niatku satu pasti mahu bersamanya mengatasi segala
tp ...

Aku jenis yg lurus .. kalau itu kata kamu itu jua lah yg aku terima
tp bila tiada jawapan .. salahkah aku berfikir
salahkah aku bertanya .. mana mungkin yg ditanya itu perkara bukan2
dah sememangnya aku tak tahu.. bagaimana mungkin aku tak berfikir pd yg aku tak tahu
..di tanya tiada penjelasan .. disoal ibarat aku berfikir pd bukan2 .. di hormat dan minta cerita jua untuk kebaikan penyelesaian .. juga tiada jawapan

hanya yg aku tau : Aku berfikir bukan2
aku melihat satu pintu itu tertutup : aku hanya mengandaikan : apa ada didalamnya
sudah tentu fikiran ku x benar, sudah tentu salah, tp kalau ada klunya, kalau ada maklumatnya
pasti jawapan aku berbeza..

Ya aku setuju dan bersedia utk terus dipersalahkan
sbb aku mmg sebegitu, mmg aku begini, dan aku telah dididik sebegini.. melihat salah itu pd dr sendiri supaya aku boleh menjadi lebih baik keesokan hari..
Namun aku juga dididik utk menyelesaikan masalah ..bkn kelu membiarkan persoalan tanpa jawapan..
aku tak cukup sempurna .. dan aku juga takkan lari dari masalah itu ..sbb itulah aku..dan aku juga akan terus jd diriku sendiri..

Sekarang aku diam .. dan pastinya aku berdiam kerana itu yg mahunya.. berkata menjadi salah berdiam pula bagaimana.. aku akan belajar diam dan aku akan berdiam..
walau seribu rontaan utk berkata aku akan hanya berdoa semoga ada penyelesaian ke atas segalanya..

Aku tetap kat sini menanti dan akan tetap berdoa ..
Allah jua tempat aku mengadu dan tempat aku meminta pertolongan..
Hinanya aku waktu ini kerana apa jua kata ku ibarat masalah pada orang lain..

niat aku cerita aku hati aku resah aku nyawa aku hanya kau mengetahui Ya Allah
Aku tetap merinduinya Ya Allah ...harapanku dan doaku bantulah aku Ya Allah