Kisah Penjual Telur
Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat riak wajah marah).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
"Maaf Ye"
Friday, 11 March 2011
Nangkanya Kisah
Nangka Beracun
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN' :)
Tsunami
PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan sehingga petang semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian membabitkan rakyat Malaysia berikutan kejadian tsunami yang melanda Jepun. Jurucakap Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi di negara itu dan berusaha menghubungi rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di kawasan dilanda tsunami.
Sumber Berita Harian.
Sumber Berita Harian.
Subscribe to:
Posts (Atom)