Thursday 15 September 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari Raya, hehe lamo den tak nulih2 ni kan2 en. MB, hehe tibo2lak bulih in ...wahahahahaha
Diam sungguh den.. hahaha

Nak citer ni, nak baca dak.. x nak x pe pun ..baca komen sekalik la ye..

citer 1 : Kisah Pak Ali, Jiran Rumah sobolah di Kg yang ado ank 12 org tp seorg yo anaknya yg balik kg waktu cuti. den duduk bersembang dgn dio, tanyola juo kisah ank2 dio sbb lamo x jumpo. Pak Ali pun story la spt mano alkisah cerito org berkeluargo .. tapi yang den nak citor bab sobab kenapo ank dio x pulang ke kg..Pertamo katonyela anak2 dah bayar zakat sendiri jd xleh marah ank2 x balik kg.. keduo ank2 takut habih duit gamaknya sobab org tuo ni kan miskin x do duit.. dan mcm2 sobab lai la dio kato ..x do astrola, x de aircondla mcm2 termasuk x do rmh dio x do dlm GPS .. tp last sekali betui2 buat den monong mikirkan.. dio kato sebab anak2 dio semuonya alim2 belako takut kecikkan ati mak ayah bilo bercakap jika balik kg jadi diorg ambil jln mudah x yah balik kg..itu yg membuatkan dio banggo.. tabahnye Pak Ali ini penuh maksud tp den sdri x leh nak hurai bilo dikonang apo yg Pak Ali kato..namun den faham juo apo yg tersirat moga jd renungan kito bersama ..

citer 2 : Len kali la den citer...wahahahahaha ado sambungannya..

Selamat hari raya...

Saturday 14 May 2011

Diam2 Tau En. Eden9

Sekarang aku diam .. dan pastinya aku berdiam kerana itu yg mahunya.. berkata menjadi salah berdiam pula bagaimana.. aku akan belajar diam dan aku akan berdiam..
walau seribu rontaan utk berkata aku akan hanya berdoa semoga ada penyelesaian ke atas segalanya..

Aku tetap kat sini menanti dan akan tetap berdoa ..
Allah jua tempat aku mengadu dan tempat aku meminta pertolongan..
Hinanya aku waktu ini kerana apa jua kata ku ibarat masalah pada orang lain..

niat aku cerita aku hati aku resah aku nyawa aku hanya kau mengetahui Ya Allah
Aku tetap merinduinya Ya Allah ...harapanku dan doaku bantulah aku Ya Allah

Friday 22 April 2011

ResaH

MooD : ResaH

Hanya doa yg ku panjatkan,
resah ini bukan mainan,
wajarkah aku terus dipersalahkan,
kerana berfikir diluar apa yang dimaksudkan.

Aku ingin tahu .. tp tidak diberitahu
Aku cuba bertanya .. tp tiada jawapan
Aku cuba segala yg positif .. tp jawapan masih tiada
Malah aku dipersalahkan .. sdgkan aku tidak tahu .. knp jd begitu..
Wajarkah aku diam melihat org yg ku sayang tidak seperti biasa
Niatku satu pasti mahu bersamanya mengatasi segala
tp ...

Aku jenis yg lurus .. kalau itu kata kamu itu jua lah yg aku terima
tp bila tiada jawapan .. salahkah aku berfikir
salahkah aku bertanya .. mana mungkin yg ditanya itu perkara bukan2
dah sememangnya aku tak tahu.. bagaimana mungkin aku tak berfikir pd yg aku tak tahu
..di tanya tiada penjelasan .. disoal ibarat aku berfikir pd bukan2 .. di hormat dan minta cerita jua untuk kebaikan penyelesaian .. juga tiada jawapan

hanya yg aku tau : Aku berfikir bukan2
aku melihat satu pintu itu tertutup : aku hanya mengandaikan : apa ada didalamnya
sudah tentu fikiran ku x benar, sudah tentu salah, tp kalau ada klunya, kalau ada maklumatnya
pasti jawapan aku berbeza..

Ya aku setuju dan bersedia utk terus dipersalahkan
sbb aku mmg sebegitu, mmg aku begini, dan aku telah dididik sebegini.. melihat salah itu pd dr sendiri supaya aku boleh menjadi lebih baik keesokan hari..
Namun aku juga dididik utk menyelesaikan masalah ..bkn kelu membiarkan persoalan tanpa jawapan..
aku tak cukup sempurna .. dan aku juga takkan lari dari masalah itu ..sbb itulah aku..dan aku juga akan terus jd diriku sendiri..

Sekarang aku diam .. dan pastinya aku berdiam kerana itu yg mahunya.. berkata menjadi salah berdiam pula bagaimana.. aku akan belajar diam dan aku akan berdiam..
walau seribu rontaan utk berkata aku akan hanya berdoa semoga ada penyelesaian ke atas segalanya..

Aku tetap kat sini menanti dan akan tetap berdoa ..
Allah jua tempat aku mengadu dan tempat aku meminta pertolongan..
Hinanya aku waktu ini kerana apa jua kata ku ibarat masalah pada orang lain..

niat aku cerita aku hati aku resah aku nyawa aku hanya kau mengetahui Ya Allah
Aku tetap merinduinya Ya Allah ...harapanku dan doaku bantulah aku Ya Allah

Thursday 21 April 2011

Sedih : Resah : Buntu : Celaru

Biar letak padaku walau seantero dunia pelbagai ubat untuk ku telan untuk ku jamah namun ku rasa semuanya bukanlah penawar bagi diri ku aku benar2 buntu aku benar2 sedih aku benar celaru aku benar2 resah aku tak tahu aku tak sanggup begini dan apa dosa aku jadi begini aku harus tawakal akan aku teruskan doaku demi kebahagiaan dan niat ku x pernah berganjak biar jutaan rintangan ku hadapi aku pasrah dlm hening masalah yg aku jua x pernah tau puncanya.. salahkah aku ..salahkah aku

Sunday 3 April 2011

Extra...Extra and Extra

Citer extra ni...
dah 12 kali den cubo tulih2 tp x jadik2..
sbb citer pengalaman org len
nak diterjemah wat2 mcm citer sdrk
mmg x jadik2 jadi kena ngaku2 dulu
citer org len baru boleh nak tulih2...
hehehe maceh2 kerana nak kongsi2 citer.

Kisah mulo 3 sahabat nak kuar duit..
kat mesin ATM..
punyala excited mereka ni
sbb diorg nak jln2 kan..biase2
si empunye kad pun terus ke mesin dan nak kuar duit
tp ntah camne duit tak kuar2
peluh2 mencube
idak juge kuarnya
tp kad jg yg kuar sediri
semuanya pelik2 la juga..

sobab terase lame
mereka pun suruh le
org belakang keluarkan duit dulu
org belakang dak2 sekolah 3 org
dengan handsome dan bershj dak2 ni pun
kuarkan duit n x de masalah
ade... duit keluar
hahaha.. dak ni eppi

sorg dr yg bertiga itu pun
x pueh ati
lalu bertanya
dik ...bole ke kuar duit
x de maslah ke

Dgn bersahaja n tersenyum dak tu jwb
masalah ke... ok je kak
siapa ade extra lg ni kak...
diorang pun terpinge2 la
uik ok je
tp ade extra lak...

jgn2 extra tu akak nya dik
dgn selambe dak2 tu bgtau
betui2... extra tu akak nya
tp extra balance la kak
sambil tunjuk slip kuar duit
kalo ade extra balance br leh kuar duit kak..
hahhaha
kalo x de extra x leh kuar tau...
wakakakakak
len kali cek balance utk extra ye kak

rupenye akk mmg banyak duit
cume len bank yg banyak duit tu
yg ni jumlah yg anda cubo keluarkan x mencukupi
tu sbb kad tu kuar balik
wakakakakakak

len kali kalo nak wat pape kn tgk2 extra dulu ye...kak
hehehehehe

Sunday 27 March 2011

Citer Den

Adess, salam cik MB lamo tak jengah cik MB, tak blogger la kalo tak tulih2kan cik MB..kan2.
Sori r cik MB den kena follow TALK company wat...best gak cik MB manyak mende baru paling best n ideal OTB to OPB.. salute ur new vision boss den support 100% tp itu idea den boss cam ne leh jd paper...hahahaha adess apo2 seronok2 cume kire monus je lom tau.. kasi lebih boss boleh beramal lebih ..haha

To all yg menjayakannya tahniah amat ...tp len kali nak wat tanya den dulu kat ne asyik tempat same je ...ba wau ring le wakakakakak mcm en2 len kate ....hahaha,

tgk hari ni dr sana den terus dtg keje punya semangatkan2...hahaha...(dlm hati menyumpah : x pe mase den .. jagolah ekau semua bilo tibo maso ekau ..wakakakakakak ampon2)

tahniah pd comey bior kite menari ikut rentak jgn menari ikut sodap..nnt kite seronok terimo realiti ..santun2 wakakakakakak ... awat cik2 puan asyik shoot mende same yo...felik tul dak2 ni ...wakakakakakak boss haremkan je fb solosaila sessi shoot tu...setuju2 bile nak haremkan ...hahahhahahaha

THANKS TO ALLS

Tuesday 22 March 2011

Rahsia Ayah dan Ibu

Citer ni hanyo rekaan semato-mato tp kalau perati kehidupan hari ni tak mustahil iyo berlaku apo nasib anak2 ini zaman..


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. 

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin. 
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert. 
Suzy: Tapi mengapa? 
Ayah:(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! 


Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya. 
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert. 
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. 
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin. 
Ibu:(Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya. 
Suzy: Ha!!??!!

Monday 21 March 2011

Resah

HARI2 yg resah
semakin resah
amat resah
resahnya den

arghhh cik MB
nape den cam ni
semuanya x kena
semuanya x betul
masalah2
mmg meresahkan

macam2 dah wat cik MB
kalo dh resah mmg resah
dh kul 5 pagi 
esk nak keje
tp x leh tido lai
resahnya den
sgt resah
sgt2 resah

Kenapa den resah...KENAPA...KENAPA

Tuesday 15 March 2011

Hamparan Ini

Hamparan ini
membuka ruang kehidupan
memberi nafas indah
melangkaui ape yg difikirkan

Hamparan ini
merubah retak menyulam niat
membulat tekad
menukar hidup
mengungkap doa 
menyandar tawakal

Hamparan ini
mungkin mimpi
mungkin khayalku
mungkin anganku
mungkin atas segala yg mungkin

Hamparan ini 
tiada janji
tiada noktah
tiada ketahuan
bila ia dibadai
bila ia disemadi
atau ia kekal bersemi

Hamparan ini
ditempuh keringat
mencari tujuan
membuka lembaran
menjiwai perasaan
membuai keinginan
mahukan dia

Hamparan ini
pasti ada noktahnya
dan biarlah ianya menjadi
hamparan realiti
hamparan indah kebahagian
hamparan manis berkekalan

Hamparan ini
waktu ini
menjadikan aku
bagai hamparan keseorangan
kerana itu niat sidia 
mudahkah aku menerima lagi
setelah aku dihampar sepi
walau aku sudah meluahkan

Aku perlukan jawapan
AKU TIDAK MAHU
menjadi hamparan
hanya terdampar kaku
kerana gusarku 
semudah kata
kau kawan ku



Kisah Tiga Dara

Tersebutlah alkisah sebuah ceritera sipenglipur eden9 buke bicara minta kamu rakan pembaca menjadi jurinya maka mana satukah pasangan paling bahagia..komen anda menambah info den jadi semangat menambah baik cerita adenya.. 


Alkisah siayah dan ibu  dan tiga anak daranya melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....... 

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.... 

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.......... 

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan..... 

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.... 

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


Moga ade yg sudi beritahu kite dlm komennya yang manakah paling bahagia :)

Anak Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka… 

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” 
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. 

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” 
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. 

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. 
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira. 

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, 
“Apakah yang merunsingkan awak?” 
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Traffic Light

Dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... 
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. 
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. 
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" 
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat". 

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. 
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas 
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak 
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"



selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut 
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......". 
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau" 
nak tau apa yang si mamat nie jawab.......... "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

Friday 11 March 2011

Amanahnya Org Sebelah

Kisah Penjual Telur 
Di sebuah pasar tradisional. 

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?" 
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?" 
Pembeli: "Telur ayam." 
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?" 
Pembeli: "Ayam biasa." 
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?" 
Pembeli: "Yang tempatan." 
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?" 
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat riak wajah marah). 
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?" 
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?" 
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


"Maaf Ye"

Nangkanya Kisah

Nangka Beracun 
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis.. 

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN' 

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi.. 

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis.. 

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN' :)

Tsunami

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan sehingga petang semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian membabitkan rakyat Malaysia berikutan kejadian tsunami yang melanda Jepun. Jurucakap Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi di negara itu dan berusaha menghubungi rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di kawasan dilanda tsunami.


Sumber Berita Harian.

Tuesday 8 March 2011

Senyuman

allow my cik MB
senyum la sikit wahai MB
den nak story the mory2 nih
pasal diri den

biar penat kate org
namun apo yang dicari belum kesampaian cik MB
akan den rodah juo
gagal...dah biaso tu cik MB
yg luar biaso bilo berjaya tu cik MB

pening atau alfenin
itu pun biase cik MB
kalo idak kesian tokey penadol ngan parasitamol
totop kilang

senyum itu sodokah
betui2 x ado ygleh nafikan
sonyum den bilo ngadap leppy ni cik MB
kwn2 den semuo alfenin tgk den
duk depan leppy leh gelak2
hahahahahaha
abih ado yg bole bg golak
kito golak la
walau dlm ati tuhan ajo yg tau
tp nangeh x do guno
senang cito nangih pun bkn leh ubah keadaankan
adolah lobih baik kito senyum...
betui kan cik MB

merapu parpu den hari ni cik MB..
bye and jumpo lai..
love you MB...

Monday 7 March 2011

SaM n DoL

HI Kisah ini dicoret waktu Sam berbual dgn Dol maka jadilah ia ....
Kisah benar ini hanya gurauan dan bukan untuk dakwaan


SAM: Assalammualaikum
DOL: Waalaikumsalam

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
 
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Dol, pernahkah kau chating diwawas atau somchat atau borakbantai atau vilagechat!
DOL: Iya pernah, sebab aku dol dan aku ade kwn2 yg sama dol dgn aku kecuali eden9

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI" tapi mcm mana ko tau perompak yg sama
SAM: sebab Jebond cakap ip dia sama kwn2 kita gak.. 



PS: Jangan sebarkan cerita ini pada rakan yg tidak follow blog ini..     :)

Sunday 6 March 2011

DiLema

Bagai dikias kata
dilema sentiasa ada
den pun dilema gak cik MB
sangat diLema 

sbb cikMB taukan
kalau dibiar pendapat menguasai fikiran
macam2 keputusan kita buat
tapikan cik MB
pendapat tu penting
pendapat yg plg mulia
biasanya ibuayah kitakan cik MB
tapi cik MB
kedua2nya sudah tiada ..
yang tinggal hanya doa dan tawakal

cik MB maaf ye
nak menung sekejap
lama kot...
sgt lama ..
erm mcm tu terus tidolah den cik MB........

sgt DILEMA......ni

Saturday 5 March 2011

Tanggung Jawab Siapa

MUAR: “Penghinaan bagi umat Islam,” tegas penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas kisah seorang ibu tunggal yang menerima bantuan pihak gereja bagi membiayai yuran pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di ibu negara, baru-baru ini.


PS : Penghinaan bagi umat islam atau penghinaan bagi pihak pentadbiran jabatan agama islam, sama2 kite renungkan


Sumber Harian Metro

Robot Anti Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita dewasa".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

Friday 4 March 2011

Lemas Si Nakhoda Pria

Bagai satu renjatan emosi
bicara lunak dihempas bak ombak
bukan kerana alunan arus
namun kerana nakhoda 
2 nakhoda mencari haluan

Akui sang nakhoda pria
mencuba berusaha menjaya kata
menurut bicara mengorak ombak
tenangnya ombak membawa makna
niat dihati memberi kerjasama
nakhoda manis mengatur jiwa

Nakhoda manis
membakar jiwa rentapnya benar
diakui semua
asal tujuan kesampaian kata
tapi mengalir darah perwira
nakhoda pria mula bertanya
niat mahukan yg terbaik
hanya utk nakhoda manis
alunnya indah bersemi ceria
hingga ketika terkedu kata

Ombak bertukar arusnya deras
nakhoda manis menyulam gagah
kata bicara indah penuh tegasnya

Indah benar alunan itu
hingga mencabar nakhoda pria
nakhoda pria mengemudi ketika
melaksana niat membantu nakhoda manis
namun tegar bagai dicabar
walau niat menyatakan benar

Karang dilautan muncul tiba
sama bersedia mencari kata
dihempas sisih oleh si nakhoda manis
menghentak kemudi memberi amaran
nakhoda pria akan dibuang
menghayun hujah dlm keegoan
kerana sangkaan nakhoda pria 
bertindak memalukan nakhoda manis

Kecewa benar nakhoda pria
niat yg baik dialun sengketa
martabat nakhoda manis terlalu tinggi padanya
dijulang pasti dibiar jangan
dayanya retak dalam usaha
sehambat kata amaran diterima

Biar apa dikata nakhoda manis
biar terbakar dirinya nakhoda pria
bukan kerana ego dicabar kata
tapi kerana kebenaran diluah jua
namun bagai ada jua yg tidak kena
layar dilabuh tanda kecewa

Nakhoda pria terkedu resah
buat mencari nawaitu yg salah
mendabik dada bkn dirinya
mengutus bicara mohon ampun jua
namun warkah bagai dicerita
cercaan indah menutup segera
peluangnya tiada harapan bertahta
bagai ditinggal nakhoda pria
di pulau kosong  seperti sediakala

Akur jiwa si nakhoda pria
mengirim akar memohon maaf
salah tidak bukan cerita
sekadar mahukan nakhoda manis 
bahagia dan sejahtera
doa kekal tawakal disandar

Memenjara diri kewajipan pasti
itu yang diminta nakhoda manis
penjara sudah hati ini
lemaslah akhirnya si nakhoda pria
menanti sapaan nakhoda manis

Walau mustahil mungkinnya tiada
doanya kekal penuh makna
nakhoda manis tetap di martabatnya
walau apa hukuman sudah mula diterima
membawa diri mengerah retak
menghancur harapan
membunuh jiwa
apakah ini akhirnya nyawa

WajarkaH

NUKILAN ini hanya untuk yang memahami

aku tahu siapa aku
aku sedar apa yg aku lakukan
aku tetap mahu jadi diriku
walau beribu auta boleh aku lakukan
salahkah aku

aku suka apa aku lakukan
aku suka ats perhatian pada aku
aku juga menghampiri apa yg aku mahu
aku juga boleh hilang jika garisan itu diputuskan
aku juga ada keinginan
tapi aku selalu dibuang
aku selalu disisih
walau aku amat suka 
walau aku amat sayang
bukan mudah kalau disisih
bukan mudah dilupakan
bukan mudah diterima
bukan mudah dihina
walau awal ye
selang hari tanpa minggu
aku sudah diklasifikasikan
erti kate lain "kawan"
aku tetap berusaha
utk terus tersenyum 
walau seribu duka ku alami

apakah aku dirantaian
dilorong yg benar
apakah peluang tidak akan membuang aku
tidak akan memalukan aku
mana kekuatan aku
aku hanya menunggu
aku sentiasa menunggu
aku setia menunggu
aku akan terus disitu

Benar siapa pun tahu
ibu syg kita x pernah bicara
ayah syg kita tak perlu luahkan
dan kita tau mereka syg kita
tapi dimana aku
apakah aku setaraf dengan mereka
apakah aku sebenarnya begitu
apakah aku perlu
beranikan kembali diriku
kembali menyahut
apa yg aku mahu
aku tidak mahu kehilangan
aku juga tidak mahu dihina lagi

kesimpulan yang benar2 menyimpul hidupku
aku tidak boleh pasrah lagi
aku perlu mulakan
tapi KUATKAH AKU
aku dalam dilema

nanti2 kite sambung cik MB dilemalak k... )


Wednesday 2 March 2011

Laki2 bercinta (2).

Ehem,
Jumpo lai...
Laki2 keduo ni,
den nak citer pasal
Laki2 jenis bergaya

kalo bab sembang
laki2 ni mmg gempak
bab pakaian
bab gayalah
mmg x ngalah

tapi laki jenis ni
mmg kuat meminjam
x kire sapew
semuo dipinjamnya
mcm2 alasan....ado yo
mulo2 mmg kite x perasan tapi
bilo dah duo tiga kali
bayar balik idak
atau lps bayar balik
lajus je die nak pinjam balik
baru kito kenal dio

alasan dio ni mmg munasabah sajo
sodih ado..kesian mesti
kalo cerita mesti siap dgn gayo2 die

kena dia dpt kapel ngan ppuan
caring die mesti gilak2
waktu die nak sesuatula kan
lopeh dpt busy semcm
laki2 cam ni biasenye
kalo raso ado payung die akan jd setio
tapi payung keno kembang selalula

so..pandai2la
sbb tanggungjawab ni kan
tggjwb laki2
tapi kalo kome dah berkenan
den x leh kate ape2
Laki2 jenis ni dikenali sebagai
Laki2 Poket Belang

JGN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MATO YANG SODAP DIPANDANG DI HATI BERKATO2

Sumber rujukan kitab 502

Study

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.


Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME


Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY


10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI



YG PLG PENTING X DE KENA MENGENA ANTARA YG MASIH IDOP ATAU MATI



Seram ke Geram

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil. 

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"