Hamparan ini
membuka ruang kehidupan
memberi nafas indah
melangkaui ape yg difikirkan
Hamparan ini
merubah retak menyulam niat
membulat tekad
menukar hidup
mengungkap doa
menyandar tawakal
Hamparan ini
mungkin mimpi
mungkin khayalku
mungkin anganku
mungkin atas segala yg mungkin
Hamparan ini
tiada janji
tiada noktah
tiada ketahuan
bila ia dibadai
bila ia disemadi
atau ia kekal bersemi
Hamparan ini
ditempuh keringat
mencari tujuan
membuka lembaran
menjiwai perasaan
membuai keinginan
mahukan dia
Hamparan ini
pasti ada noktahnya
dan biarlah ianya menjadi
hamparan realiti
hamparan indah kebahagian
hamparan manis berkekalan
Hamparan ini
waktu ini
menjadikan aku
bagai hamparan keseorangan
kerana itu niat sidia
mudahkah aku menerima lagi
setelah aku dihampar sepi
walau aku sudah meluahkan
Aku perlukan jawapan
AKU TIDAK MAHU
menjadi hamparan
hanya terdampar kaku
kerana gusarku
semudah kata
kau kawan ku